Pendaftaran

Rasa Teruja? Sebelum Kita Bermula, Mari Pastikan Maklumat Penting Difahami Dengan Jelas.

Bahagian ini menyediakan maklumat lengkap mengenai pendaftaran peserta, yuran pertandingan, serta prosedur pembayaran bagi Darul Ridzuan International Innovation and Invention Competition (DRIIC). Peserta dikehendaki melengkapkan proses pendaftaran dan membuat pembayaran yuran sebelum menghantar bahan inovasi mereka untuk penilaian.

Pembayaran

Yuran Pendaftaran

Semua inovator daripada pelbagai latar belakang dialu-alukan untuk menyertai pertandingan ini. Para peserta dikategorikan mengikut beberapa kategori bagi memastikan lebih ramai pemenang dapat diiktiraf.

*Pelajar sekolah hanya perlu membayar kos operasi sebanyak RM99.*

Arahan

Langkah-Langkah Tepat Untuk Menyertai Pertandingan

Berikut merupakan langkah-langkah terperinci yang boleh anda ikuti untuk mendapatkan pemahaman yang lebih jelas.

LANGKAH 1 – Lengkapkan Pembayaran

Peserta perlu buat pembayaran pendaftaran mengikut kategori penyertaan yang dipilih sebelum meneruskan proses pendaftaran.

LANGKAH 2 – Hantar Borang Pendaftaran

Selepas membuat pembayaran, para peserta dikehendaki melengkapkan borang pendaftaran dalam talian dengan memberikan semua maklumat yang diperlukan, termasuk:

  • Maklumat diri
  • Resit pembayaran
  • Penghantaran 'abstract'
  • Pautan YouTube kepada video pertandingan yang telah dimuat naik. (Pautan ini juga boleh dihantar kemudian sekiranya masih belum ada dengan mengemas kini borang yang telah dihantar).
LANGKAH 3 – Terima Pengesahan

Selepas pendaftaran berjaya diselesaikan, para peserta akan menerima email verifikasi. Kemaskini berkala serta pengumuman penting berkaitan pertandingan akan dimaklumkan melalui emel sehingga pertandingan berakhir.